Team Haq mencari gold laner baru

Selepas hampir empat bulan Team Haq meminjamkan pemainnya iaitu Minn, Mann, Garyy dan Lolla ke pasukan Orange Esports, kini mereka kembali semula ke pasukan itu.

Menerusi sebuah hantaran story Instagram Team Haq, mereka kini sedang mencari pemain gold laner untuk pasukannya.

Antara kriteria utama yang dicari adalah:

  • 18 tahun ke atas
  • Pemain sepenuh masa
  • Bagus dalam membuat keputusan
  • Bagus dalam mikro dan makro
  • Mempunyai hero pool yang luas
  • Minima dua ribu mata dalam ranking

Sebelum ini, para pemain Team Haq bermain dengan Valenz yang bermain di posisi gold laner, tetapi seperti yang kita semua sedia maklum, Valenz adalah pemain untuk Orange Esports dan bukanlah pemain Team Haq.

Kepada para pemain gold laner di luar sana, anda boleh mendaftar di pautan ini.

Foto: Instagram Team Haq

RELATED NEWS

+