Team Haq raih slot pertama ke MPL MY musim ke-10

Selepas memenangi pusingan kelayakan 2-0 ke atas Pasukan Rahasia hari ini, Team Haq akhirnya berjaya menempah slot ke musim liga MPL MY musim kesepuluh sekali gus membawa nama pasukan mereka sendiri.

Kemenangan ini nyata besar buat mereka selepas kontrak bersama Orange Esports tamat tidak lama dulu.

Menerusi kontrak itu, pemain-pemain Team Haq dipinjamkan ke Orange Esports untuk bertanding di MPL MY S9 di mana mereka mendapat naib johan dan seterusnya mencipta kejayaan tersendiri di top 6 Piala Asia Tenggara (MSC) 2022.

Apakah kejutan akan diberikan oleh Team Haq di musim liga nanti? Kita bakal saksikan.

Sementara itu, Geek Fam akan cuba memenangi kembali slot mereka dengan melepasi halangan diberikan oleh Team Lemah pada jam 8 malam nanti.

Ulasan ringkas perlawnaan

Perlawanan pertama berjaya dikunci oleh Team Haq selepas mereka lebih berdisiplin di fasa akhir permainan. 

Team Haq meneruskan momentum mereka di perlawanan kedua dengan membawa masuk Paquito sebagai jungler.

Rotasi yang dilakukan oleh Team Haq sangat berkesan pada minit awal permainan, mereka berjaya mengunci objektif untuk memberikan kelebihan kepada pasukan mereka.

Pasukan Rahasia diasak dan mereka harus bermain secara pasif untuk melakukan serangan balas.

Team Haq kemudian menamatkan permainan pada minit ke-14. Tahniah diucapkan kepada Team Haq kerana mereka berjaya layak ke MPL MY musim ke-10!

RELATED NEWS

+