Team Lemah musnahkan impian Geek Fam, raih slot terakhir MPL MY S10

Selepas Team Haq berjaya menewaskan pasukan Rahasia untuk melangkah ke pentas MPL MY musim ke-10, kini giliran pasukan Geek Fam dan Team Lemah pula yang akan bertarung untuk meraih slot terakhir.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan untuk bermain di perlawanan ketiga dan mereka harus memenangi 1 sahaja lagi perlawanan untuk melayakkan diri.

Team Lemah berjaya mendominasi di minit awal permainan dengan setup dan rotasi yang cukup baik di perlawanan ketiga.

Mereka terus mengejar objektif dan terus mengasak pasukan Geek Fam dari melakukan serangan balas. Pasukan Geek Fam kekurangan 6 ribu gold pada minit ke-8.

Team Lemah masih mengekalkan kesemua turret mereka pada minit ke-10 dari dimusnahkan oleh pasukan Geek Fam.

Lord kedua berjaya didapatkan oleh Team Lemah pada minit ke-12. Namun hanya 1 inhibitor turret pasukan Geek Fam berjaya diambil oleh Team Lemah.

Team Lemah akhirnya berjaya menamatkan permainan pada minit ke-17 untuk meraih slot terakhir MPL MY musim ke-10.

Tahniah diucapkan kepada Team Lemah, pasukan Geek Fam buat pertama kalinya gagal untuk bermain di pentas MPL MY.

RELATED NEWS

+