Team Liquid memperkenalkan skuad VALORANT baru

Organisasi e-sukan Eropah, Team Liquid akhirnya mengikuti jejak langkah organisasi terkemuka lain dengan mengumumkan skuad VALORANT buat pertama kalinya untuk arena kompetitif.

Dalam satu ciapan Twitter pada Sabtu, Team Liquid menulis, skuad ini dianggotai oleh Kryptix, ec1s, soulcas, L1NK, dan ScreaM. Pemain-pemain ini sebelum ini menubuhkan skuad Fish123.

ScreaM pula adalah bekas pemain profesional Counter Strike: Global Offensive!

Ini menunjukkan atlet e-sukan boleh menjadi versatil dan mahir memainkan lebih dari satu judul permainan video dalam karier profesional mereka.

Selain Team Liquid, G2 Esports, T1, Ninjas in Pyjamas, Team Solo Mid dan lain-lain sudah mempunyai skuad VALORANT mereka.

VALORANT baru saja dilancarkan dua bulan lalu dan sudah menjadi fenomena apabila mencatatkan bilangan pemain yang tinggi dan terdapat banyak kejohanan e-sukan dianjurkan untuknya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+