Team Liquid tewaskan Sentinel, mara ke suku akhir

Team Liquid, pasukan pertama yang mara ke Suku Akhir VALORANT Champions bagi Kumpulan B selepas tewaskan Sentinel dengan keputusan 2-1.

Perlawanan pertama di Breeze pada separuh masa pertama diungguli oleh Sentinel dengan 8-4. Tetapi, Team Liquid mula mempamerkan kemampuan mereka dengan membawa perlawanan hingga ke ‘overtime’ sebelum tamatkan perlawanan dengan 14-12.

Di Bind, Sentinel mengamuk ke atas Team Liquid dengan hanya memberi dua mata kepada mereka sebelum tamatkan perlawanan dengan 13-2.

Namun, di perlawanan penentuan, di Split, perlawanan antara kedua pasukan cukup seimbang di masa masing-masing memperoleh 6-6 pada separuh masa pertama. Team Liquid mengatasi Sentinel di separuh masa kedua dengan 7-4.

Team Liquid akan sertai Fnatic dan Gambit menjadi antara pasukan yang telah berjaya menempah kedudukan di Suku Akhir. 

Terus saksikan VALORANT Champions 2021 secara langsung di saluran rasmi VALORANT di Trovo, YouTube dan Twitch. 

Sumber: VALORANT Esports

RELATED NEWS

+