Team Nigma dan Galaxy Racer berkolaborasi, kini jadi Nigma Galaxy

Pasukan Nigma dan Galaxy Racer harini mengumumkan mereka bakal bergabung menjadi entiti baru digelar Nigma Galaxy.

Galaxy Racer adalah organisasi e-sukan terbesar di Asia Tengah, Amerika Utara dan juga Asia Tenggara manakala Team Nigma menjadi pasukan kompetif Dota 2 yang diterajui oleh juara The International 7.

Berasal dari Abu Dhabi, Team Nigma akan menjadi Nigma Galaxy dan sekaligus akan membawa semua roster Galaxy Racer dari semua e-sukan yang ada di antara 60 pemain dan 20 negara.

Gabungan ini juga akan menunjukkan cita-cita baru untuk kawasan MENA dan juga perkembangan antarabangsa.

“Kami dengan penuh bangga mengumumkan gabungan Team Nigma ini bakal merubah divisi kompetitif e-sukan sekaligus meningkatkan lagi pengalaman pemain profesional yang bakal menjadi aset dalam pembangunan dan sokongan sepenuhnya untuk pasukan di bawah Nigma Galaxy,” ujar Paul Roy, CEO Galaxy Racer.

Nigma Galaxy juga akan menyertai Abu Dhabi Gaming (AD Gaming) sebagai inisiatif baru untuk pelancaran tahun ini yang diterajui oleh twofour54 Abu Dhabi.

RELATED NEWS

+