Team Orca digantung dari Dota Pro Circuit 21/22, kes joki dan ‘match fixing’

Pasukan Orca kini digantung dari Dota Pro Circuit (DPC).

Menurut pengumuman dari DPC SEA League, Team Orca tidak layak untuk bermain bagi DPC akan datang juga.

SEA DPC League memberitahu bahawa Team Orca menggunakan akaun Team Apex untuk berlawan bagi pihak Team Apex.

Tambahan pula, Team Orca juga kini dalam siasatan untuk kes atur perlawanan (match fixing) di BTS Pro Series.

Semuanya berlaku dan dijumpai oleh seorang peminat apabila mendapati kejadian log keluar dan masuk namun dari tempat berbeza dan ping yang berbeza.

VT Faded yang juga pemain Team Orca ada membuat kenyataan mengenai hal ini.

“Betul ada pemain Team Orca yang berkongsi akaun dengan Team Apex di SEA DPC,”

Namun vtFaded mengatakan kejadian atur perlawanan tidak pernah berlaku dan akan mencari bukti-bukti untuk memohon kepada Valve.

RELATED NEWS

+