Team Pacquiao GG kini mempunyai pasukan Wild Rift

Team Pacquiao GG mengumumkan bahawa mereka akan menyertai arena kompetitif Wild Rift tidak lama lagi. Organisasi itu mula mencari salah satu pasukan yang layak untuk WCS 2022 – Filipina. Ini akan menjadi pasukan esport Wild Rift pertama Team Pacquiao GG.

Jenama e-sukan peninju Filipina terkenal Manny Pacquiao sebelum ini menumpukan pada penyediaaan platform untuk penstrim dan pencipta kandungan di Filipina berkembang sebagai profesional dengan kemahiran masing-masing.

Pada 16 Februari, Team Pacquiao GG akhirnya menyiarkan iklan acah bahawa mereka akan menyertai arena kompetitif Wild Rift tidak lama lagi. Namun, mereka  tidak mendedahkan tarikh tepat bila ia akan mendedahkan senarai pemainnya.

Komuniti Filipina berpendapat bahawa pasukan itu mungkin akan memperoleh salah satu pasukan dari Wild Rift Championship Southeast Asia 2022. Dua pasukan itu adalah AXS dan Looking For Adoption.

Baru-baru ini, pasukan Looking For Adoption sudah diperoleh oleh sesuatu organisasi, tetapi organsasi itu belum didedahkan lagi. Ia berkemungkinan bahawa Team Pacquiao GG yang memperoleh pasukan ini.

Ini akan menjadi langkah pertama Team Pacquiao GG ke dalam arena e-sukan Wild Rift. Tidak kira mana-mana pasukan yang mungkin diperolehnya, menyasarkan gelaran kejuaraan dalam kejohanan sulungnya akan menjadi matlamat utama organisasi itu.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+