Team Secret berkemungkinan gagal mendapat jemputan terus ke TI11

Pasukan Dota 2, Team Secret tewas menentang Entity dalam liga musim panas untuk Dota Pro Circuit (DPC) 2021-2022.

Kekalahan itu menyebabkan mereka berada di tempat kelima liga bersama skuad Goon dan Gaimin Gladiators.

Ini bermakna peluang untuk mereka mendapatkan jemputan secara terus ke The International 11 boleh dikatakan sangat rendah dan kemungkinan mereka perlu bermain di pusingan kelayakan TI11 adalah sangat tinggi.

Jika Team Secret tidak dapat bermain pada kejohanan TI11, ia akan memecahkan rekod bersejarah dalam Dota 2. Kapten pasukan, Clement “Puppey” Ivanov, adalah satu-satunya pemain yang pernah menghadiri kesemua kejohanan TI setakat ini.

Sebelum ini, kapten Team Nigma, Kuro Salehi Takhasomi (Kuroky) tidak berjaya ke TI10 sekali gus meletakkan hanya Puppey sebagai pemain tunggal yang pernah menghadiri kesemua kejohanan dunia itu.

Sumber dan Foto: Yahoo News MY

RELATED NEWS

+