Team Secret kini mencari pemain VALORANT

Selepas menghantar pasukan bagi pelbagai jenis e-sukan seperti Dota 2, Rainbow Sox Siege, League of Legends, Wild Rift dan PUBG Mobile, nampaknya Team Secret, organisasi esports yang berpangkalan di Eropah ini mula mengacah kemasukan mereka di VALORANT. 

Tahun lalu, mereka juga ada menyatakan hasrat sama ada untuk menubuhkan pasukan bagi VALORANT ataupun tidak.

Kini, melalui ciapan mereka di Twitter, mereka memperlihatkan video dan mengumumkan sedang mencari pemain bagi pasukan VALORANT mereka. 

Team Secret sudah tidak asing lagi di dalam dunia e-sukan. Meskipun mereka berpangkalan di Eropah, mereka sudah membina legasi di beberapa buah negara lain dalam e-sukan yang berbeza, termasuk Malaysia. Mereka menubuhkan pasukan bagi PUBG Mobile di Malaysia.

Buat masa ini masih belum dinyatakan dari mana ahli pasukan VALORANT mereka. Kemungkinan juga bekas pemain Bren Esports akan menyertai selepas meninggalkan organisasi.

Sumber: AFK Gaming.  

RELATED NEWS

+