Team Secret yakin ada peluang untuk menang Champions 2021

Walaupun terlepas untuk sertai VCT Masters Berlin pada September lalu berikutan isu visa, Team Secret kini tiba di Berlin untuk mempamerkan gaya permainan mereka di pentas VALORANT Champions 2021. 

VALORANT Champions 2021 adalah kejohanan utama bagi siri VALORANT Champions Tour yang diadakan sejak awal tahun ini, di mana 16 pasukan yang akan bersaing untuk merebut gelaran juara dunia selain memenangi sebahagian dariapda hadiah terkumpul sebanyak AS$1 juta (RM4.2 juta). 

Jessie “JessieVash” Cristy Cuyco daripada Team Secret menyatakan, “kami rasa sangat teruja kerana akhirnya dapat juga bersaing, dan dapat memperlihatkan gaya permainan SEA dan Filipina,” katanya dalam sidang media, jam 4 pagi tadi.

Teruja untuk bertemu Gambit

Bagi VALORANT Champions, Team Secret akan berdepan dengan pasukan-pasukan handalan di Kumpulan C seperti Gambit yang juga juara VCT Masters Berlin, di samping pasukan tunggal Jepun, Crazy Racoon dan wakil Brazil, Team Vikings.

“Kami teruja untuk bersaing menentang Gambit,” kata JessieVash ketika ditanya mengenai bertemu Gambit. “Kami juga berharap untuk berjaya sampai ke peringkat Play-Off,” tambahnya.

Dia juga menyatakan teruja untuk menentang Nats daripada pasukan Gambit

“Nak melihat macam mana dia lurk dan melihat bagaimana untuk kami kenali gaya permainannya,”

Bersedia untuk Champions 2021

Meskipun tidak berjaya untuk ke Master Berlin tetapi mereka sudah menonton perlawanan pasukan-pasukan lain sepanjang kejohanan itu. Bahkan, Jessie menyatakan, persediaannya untuk Champions kali ini cukup bagus dengan latihan yang konsisten untuk bergelar juara.

“Kami tidak menjangkakan apa-apa tetapi kami merasakan kami ada peluang. Kami akan lakukan yang terbaik dan berseronok,”

Perlawanan pertama Team Secret akan berlangsung pada hari kedua kejohanan menentang Gambit pada jam 10.00 malam waktu Malaysia. Jangan lupa untuk saksikan VALORANT Champions 2021 di saluran rasmi VALORANT di Twitch, YouTube dan Trovo

Ia bermula hari ini sehingga 12 Disember.

RELATED NEWS

+