Team SMG dilanggar Todak

Juara Liga MPL MY musim ke-8 Team SMG harus akur dengan kekalahan mereka dengan pasukan Todak di pusingan pertama playoff MPL musim ke-9 dengan skor 2-0, semalam.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

Pada perlawanan pertama, Team SMG berjaya mendominasi perlawanan di awal-awal permainan tetapi pasukan Todak berjaya mengembalikan keadaan itu di pertengahan perlawanan dan berjaya menamatkan perlawanan pertama dengan kemas.

Hero Xavier yang dimainkan oleh Stormie tidak berjaya memberikan impak yang besar pada Team SMG kerana sering kali ditangkap oleh Chou yang digunakan oleh 4Meyz.

Momo yang menggunakan WanWan berjaya menjadi MVP di ‘game’ yang pertama dengan KDA 7/0/7.

Di perlawanan kedua, kedua-dua pasukan berjaya memberikan saingan yang sengit tetapi Team SMG tidak mampu untuk menahan damage yang dikeluarkan oleh Xavier yang dimainkan oleh Moon sekaligus berjaya menjadi MVP dengan KDA 7/0/9.

Pada pertemuan akhir sebelum ini, pasukan Todak tewas di tangan Team SMG dengan skor 2-0, kini pasukan Todak berjaya membalas balas balik kepada Team SMG.

Adakah pasukan Todak akan berjaya menjuarai Liga MPL musim ke-9 ini sekaligus melayakkan diri ke kejohanan MSC 2022? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+