Team SMG juara Peacekeeper Elite League 2022 Summer, bawa pulang RM5.8 juta

Pasukan SMG kini mencipta fenomena tersendiri selepas menjadi juara bagi kejohanan PUBG Mobile China iaitu Liga Peacekeeper Elite (PEL) 2022 Summer yang berlangsung baru-baru ini.

Mereka sangat konsisten dengan menewaskan pasukan lain malah pada hari kedua dan ketiga, SMG bersaing rapat dengan LGD yang juga mengejar ranking. Pada hari ketiga, mereka berjaya kumpulkan keseluruhan 199 mata.

Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang AS$1.3 juta (RM5.8 juta).

Team SMG juga secara automatik layak ke PMGC S2 2022 yang mana merupakan satu lagi kejohanan dunia PUBG Mobile.

Pastinya pertarungan di PMGC 2022 nanti akan menjadi sangat sengit.

Rujukan: Gamingonphone

RELATED NEWS

+