Team SMG laksanakan open trial untuk MPL MY musim kesembilan

Team SMG mengejutkan para peminat arena kompetitif Mobile Legends selepas mereka berjaya mengangkat piala MPL MY musim kelapan dengan pertukaran barisan pemain baru seperti Sasa. 

Malah, kemenangan itu juga melayakkan mereka ke Kejohanan Dunia, M3.

Kini mereka mengumumkan kemasukan percubaan untuk pasukan MLBB mereka. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.

Borang pendaftaran boleh didapatkan di pautan di atas. Menurut mereka, mereka menjumpai bakat seperti XpDEA dari piala komuniti Nescafe musim pertama sebelum ini.

Adakah anda rasa anda mempunyai kualiti & kemahiran untuk menjadi sebahagian dari pasukan yang berjaya memenangi MPL MY musim kelapan ini? Selamat mencuba!

RELATED NEWS

+