Team SMG mengacah pemain baharu, kemungkinan SaSa?

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Team SMG mengacah beberapa pemain baharu dengan kapsyen yang diletakkan di Instagram.

Dalam satu hantaran Instagram, Team SMG menulis “sesi untuk PS5 sementara menunggu sesi bergambar (photoshoot) sempena Hari Media,”.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

Yang lebih menarik adalah perenggan kedua di mana Team SMG menulis, terdapat bakat baharu daripada Nescafe Community Cup dan pemain Malaysia yang kembali selepas bermain di luar negara.

Seperti yang kita tahu, hanya dua pemain Malaysia, Lu Khai Bean (SaSa) dan Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo) yang bermain di luar negara (Indonesia).

Liga Profesional (MPL) ID sudah memulakan musim kelapan dengan Rippo bermain untuk Bigetron Alpha. Jadi, adakah SaSa yang dimaksudkan? Sebab sebelum ini ONIC mengucapkan selamat tinggal kepada beliau.

Malah, di Instagram @emak_moba menunjukkan RRQ pernah scrim bersama SaSa yang bersama Team SMG.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

Kita tunggu dan nantikan pengumuman mereka.

RELATED NEWS

+