Team SMG tersingkir, Geek Fam mara

Geek Fam berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan skuad Team SMG 2-1 di pusingan penyingkiran MPL MY musim ketujuh sebentar tadi.

Team SMG mendapat tempat kelapan dalam musim kali ini.

Pemilihan Grock oleh Xorn sanagt membantu dalam perlawanan ini, memberikan pressure kepada pasukan Team SMG.

Artz menerima gelaran Sand Bag dengan damage diterima paling banyak daripada pasukan SMG.

Dominus juga bergelar MVP dengan posisi baik menggunakan Yve.

Xorn dalam satu temubual bersama hos, Fiera Fendi, menyatakan hasrat mahu berjumpa Todak.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas akan dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

RELATED NEWS

+