Team SMG tubuh pasukan Dota 2 – Mushi, vtFaded, Ah Fu, Neah dan NinjaBoogie

Empat pemain Malaysia, Cheng Jia Hao (vtFaded), Chai Yee Fung (Mushi), Muhammad Ammar Rasulli (Neah666) dan Tue Soon Chuan (Ah Fu) kini sah menyertai organisasi e-sukan Asia Tenggara, Team SMG.

Berita itu diumumkan dalam satu ciapan di Twitter rasmi Team SMG. Dikhabarkan, Kenchi Yap turut dilatih sebagai jurulatih dan Ninja Boogie sebagai pelengkap pasukan.

Mereka akan memulakan kembara baru dengan menyertai Dota Pro Circuit 2021.

Ini adalah satu langkah baharu oleh Pengasas Team SMG, JJ Lin yang mana beliau juga merupakan peminat tegar Dota 2.

Team SMG turut mempunyai divisyen Mobile Legends, PUBG Mobile dan VALORANT.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+