Team Spirit akan menyumbang hasil kemenangan kepada badan kemanusiaan

Pemain Pos 4 Team Spirit, Miroslaw ‘Mira’ Kolpakov tidak akan bersaing dengan pasukan itu dalam acara Gamers Galaxy: Dota 2 Invitational Series Dubai 2022 yang akan datang kerana Mira masih terperangkap di Ukraine. Laporan mengatakan bahawa Mira masih selamat di Ukraine namun dia tidak dapat menyertai pasukannya.

Vladimir “RodjER” Nikogosian akan menggantikan tempatnya di Team Spirit.

Menurut kicauan di Twitter, Team Spirit menyatakan bahawa sebarang hadiah wang yang dimenanginya di Gamers Galaxy: Dota 2 Invitational Series Dubai 2022 akan disumbangkan kepada International Red Cross Movement.

Acara ini menawarkan jumlah hadiah sebanyak AS$272,250 (RM1.14 juta). 

Dua pemain Team Spirit iaitu Mira dan Yatoro adalah pemain berbangsa Ukraine.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+