Team Spirit bukanlah yang terbaik walaupun pernah menjuarai TI10, menurut Miposhka

Team Spirit adalah pasukan yang menjuarai kejohanan terbesar Dota 2 iaitu The International 10 (TI10), dan senarai kejayaan mereka tidak tamat di situ. Pasukan itu juga menduduki tempat-tempat tertinggi di beberapa kejohanan seperti OGA Dota PIT Invitational, DPC EEU 2021/2022 Tour 1: Division I dan Regional Finals, serta Pinnacle Cup.

Walaupun mereka sememangnya pasukan yang hebat, malah mungkin antara yang terhebat di dunia setakat ini, ahli pasukannya, Yaroslav Naidenov atau Miposhka, tidak berasa sedemikian.

Dalam sedutan sebuah video di Twitch, Miposhka membincangakan kaedah untuk memajukan pasukannya. Dia mengutarakan fakta bahawa pasukan itu hanya menjuarai satu kejohanan dan secara kebetulan, kejohanan yang dimenangi itu adalah kejohanan terbesar di dunia, TI10.

“Saya tidak fikir mana-mana rakan sepasukan saya fikir mereka sudah memenangi segala-galanya. Kami hanya memenangi satu kejohanan sebagai satu pasukan. Kebetulan ia adalah The International tetapi saya tidak boleh mengatakan bahawa kami adalah pasukan terbaik di dunia sekarang,” tegas Miposhka.

“Sebagai contoh, kami tidak memenangi kejohanan yang dipenuhi penonton. Itulah yang kita mahu lakukan. Kami hanya memikirkan tentang Dota yang kami hanya mahu memenangi setiap perlawanan. Kami memberi tumpuan kepada itu,” tambahnya lagi.

Nampaknya, walaupun Team Spirit sudah menjuarai TI10, mereka belum berpuas hati dan akan meneruskan usaha mereka untuk sentiasa menunjukkan prestasi yang terbaik untuk pasukan itu agar dapat menjuarai kejohanan yang ditonton secara langsung.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+