Team Spirit buktikan mereka bukan sahaja pasukan yang kuat untuk Dota 2 tetapi Mobile Legends: Bang Bang juga.
Pasukan ini telah menjuarai Mobile Legends Continental Championships (MCC) Musim 3 sekaligus layak ke MSC 2024.
Mereka telah mengalahkan Brute Force 4-3 di perlawanan akhir yang penuh aksi berbalah di antara dua pasukan.
View this post on Instagram
Lapan pasukan telah menyertai Mobile Legends Continental Championships (MCC) Musim 3 yang telah bermula pada 30 Mac lepas dengan jumlah wang terkumpul sebanyak AS$ 40,000 (RM190 ribu).
Pertandingan tersebut dibuat dengan hasil kerjasama MOONTON dan FISSURE.
Team Spirit kini layak ke MSC 2024 yang akan diadakan di Riyadh, Saudi Arabia.
Pasukan ini akan mendapat tempat di MSC 2024 manakala Brute Force akan masuk ke pusingan Wildcard.
Adakah Team Spirit bakal meneruskan prestasi mereka ketika di MSC 2024 nanti apabila berjumpa dengan pasukan-pasukan besar MLBB yang lain nanti?