Team Spirit meluahkan rasa kesal mereka terhadap peperangan

Peperangan di antara Rusia dan Ukraine memberikan impak yang besar kepada negara-negara Eropah.

USA dan rakan-rakan sudah memulakan langkah untuk mengenakan sekatan ekonomi kepada Rusia ketika ini.

Team Spirit yang mempunyai 2 orang ahli dari Ukraine dan 3 orang dari Rusia juga mengumumkan mereka kesal dengan peperangan yang berlaku. 

“Tidak ada perkara yang lebih teruk dari peperangan, tidak ada benda yang lebih berharga dari nyawa manusia. Team Spirit adalah organisasi antarabangsa yang mempunyai sejarah diwakili oleh pemain dari Rusia, Ukraine dan negara lain. Ada sesetengah pemain kami dan pekerja berada di dalam Ukraine ketika ini. Ramai di antara kami yang mempunyai keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang di sana. Kami amat risau tentang keselamatan mereka.”

“Kami amat membantah peperangan dan apa jua bentuk keganasan. Beribu tahun sejarah manusia mengajar kita bahawa kedamaian adalah perkara yang paling penting untuk kita kekalkan. Jaga diri semua.”

Semoga peperangan ini akan segera tamat dan nyawa-nyawa orang yang tidak bersalah akan diselamatkan. 

RELATED NEWS

+