TEC Challenger Series anjur Challenger Series VALORANT – Asia Selatan menentang SEA buru hadiah terkumpul AS$20,000

The Esports Club (TEC) dengan kerjasama Intel kini menganjurkan TEC Challenger Series VALORANT yang akan menjadi pentas pasukan-pasukan daripada Asia Selatan dan Asia Tenggara bermula 13 hingga 24 Disember ini.

Challenger Series VALORANT ini akan menyaksikan pasukan daripada Asia Selatan iaitu India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Maldives dan Sri Lanka menentang pasukan daripada Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Berikut ialah jadual perlawanan TEC Challenger Series VALORANT:

Kelayakan Terbuka:

Asia Selatan – 13 hingga 16 Disember 2021

Asia Tenggara – 13 hingga 16 Disember 2021

Pusingan Play-Offs – 17 hingga 23 Disember 2021

Pusingan Akhir – 24 Disember 2021.

Lapan pasukan akan dipilih melalui pusingan kelayakan terbuka untuk setiap rantau iaitu empat pasukan daripada Asia Selatan dan empat pasukan daripada Asia Tenggara.

Bagi pusingan Play-Offs akan dijalankan dengan dua penyingkiran dengan perlawanan tiga terbaik (BO3) di mana pasukan daripada kedua-dua rantau akan bersaing sesama sendiri. Manakala, pusingan Akhir akan diadakan dengan perlawanan lima terbaik (BO5).

Pertandingan ini menawarkan hadiah terkumpul berjumlah $20,000 (RM 84,800) di mana pasukan yang mendapat gelaran juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak $10,000 (RM42,400). Manakala pemenang ditempat kedua hingga keenam akan diagihkan daripada baki selebihnya. 

Bagi pasukan yang berminat untuk sertai pertandingan ini boleh layari laman rasmi The Esports Club dan ikuti perkembangan mereka di laman Instagram mereka. 

Sumber: AFK Gaming

 

RELATED NEWS

+