Temubual eksklusif bersama PerisH Juara CODM World Championship 2021

Dua minggu lepas Kejohanan Dunia COD Mobile 2021 sudah  tamat dan Tribe Gaming dari Amerika Utara dinobatkan sebagai juara.

MyGameOn berpeluang untuk temubual bersama Alston “PerisH” Lee salah seorang pemain CODM Tribe Gaming  dari Malaysia.

Perish juga sudah memulakan karier e-sukan profesional sejak 14 tahun lagi dalam COD Black Ops dan Fortnite.

1. Bagaimana perasaan anda menjadi wakil Malaysia di COD Mobile untuk Tribe Gaming?

Saya berasa bangga dengan prestasi saya di Tribe Gaming.

Memenangi kawasan regional dan memenangi pertandingan untuk menjadi terbaik di Amerika Syarikat dan kini menjadi satu pasukan terbaik dalam dunia adalah satu benda yang sangat saya bangga.

2. Tribe Gaming adalah pasukan antarabangsa di Amerika Syarikat. Bagaimana anda boleh memasuki Tribe Gaming?

Sebelum ini saya hanya bermain COD Mobile di dalam server Garena dan berjaya menjadi antara clan yang paling tinggi ranking dalam Asia Tenggara.

Nama Clan itu adalah Fame Clan dan rakan-rakan saya dari server Global. COD Mobile di Filipina ternyata banyak membantu saya juga.

Di Asia Tenggara Filipina memang antara clan yang terbesar dan banyak membantu saya untuk menjadi pemain CODM terbaik.

3. Bagaimana Tribe Gaming menjumpai anda dan kenapa Tribe Gaming?

Sebenarnya semua ini tidak akan terjadi tanpa pertolongan kawan saya.

Seorang kawan dari Filipina yang menetap di Amerika Syarikat sebenarnya yang memberi saya peluang untuk mencuba untuk Tribe Gaming yang dahulunya Nova Esports.

Tribe Gaming ketika ini sedang mencari satu hingga dua pemain baru. Secara tidak langsung saya juga akan pergi ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran juga.

4. Bagaimana latihan untuk Tribe Gaming?

Seperti biasa semua latihan mempunyai jadual. Kami bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 11 malam. Perkara ini juga sukar untuk saya kerana saya juga masih belajar.

Belajar dan menjadi atlet e-sukan profesional bukan perkara yang mudah.

5. Bidang apa yang anda ceburi sekarang?

Saya sedang menyambung pelajaran dalam Ekonomi dan Hubungan Antarabangsa.

6. Ada apa-apa maklumat untuk pertandingan seterusnya?

Setakat ini Activition masih belum membuat apa-apa pengumuman dan saya baru sahaja dalam fasa bercuti. Malah saya juga baru sahaja menghabiskan peperiksaan dan kini cuma berehat.

7.  Kenapa PerisH? Apakah yang membuatkan nama ini unik?

Dahulu saya suka menggunakan nama boom-12345 kerana banyak meminati Naruto. Sudah pasti nama ini saya keluarkan untuk ‘menghancurkan’ pihak musuh.

8. Awak berasal daripada mana?

Oh, saya adalah anak jati Selangor, menetap di Bandar Utama.

9. Apa pendapat anda mengenai e-sukan COD Mobile di Malaysia?

Bagi saya, COD Mobile nyata banyak lagi  yang boleh di baik pulih untuk pergi lebih jauh. Malah COD Mobile perlu berlawan dengan Mobile Legends dan PUBG Mobile.

Mempunyai pesaing yang sudah lama berkecimpung di Asia Tenggara nyata sukar untuk dilawan.

10. Ada kata-kata akhir?

Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sangat menyokong disebabkan pengalaman saya bermain permainan video secara profesional. Berharap nanti saya akan berjaya dalam bidang bisnes dan juga e-sukan.

Selamat Maju jaya juga kepada semua yang lain!

RELATED NEWS

+