“Tenang dan rehatlah sahabat..” – Draxx

Jenazah Allahyarham Agusalim Amran atau Hahagus kini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut Dalam pada kira-kira jam 2 petang tadi.

Dalam satu hantaran di Instagram @draxxofficial, pemain SEM9.Gank itu bersama-sama dengan petugas barisan hadapan membuat bacaan doa buat kali terakhir.

Tulis Azim Ikromi (Draxx) “Tenang dan rehatlah sahabat @sem9.hahagus. Terima kasih untuk semuanya,”

Arwah sebelum ini dijangkiti COVID-19 bersama-sama ahli pasukannya, SEM9.Gank.

Pada Rabu, arwah memaklumkan mempunyai kesukaran untuk makan dan memerlukan oksigen yang tinggi untuk bernafas.

Tidak lama kemudian, arwah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Malah, hantaran terakhirnya di Instagram Story menyatakan dirinya akan ditidurkan.

Agus berjaya membawa pasukan Gank sebelum ini memenangi banyak kejohanan ternama antaranya PMPL MYSG dan peringkat SEA Final.

Mari kita sama-sama doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Foto: @draxxofficial

Artikel berkaitan: Hahagus sudah tiada..

Artikel berkaitan: Hahagus masuk ICU

RELATED NEWS

+