Tencent bakal saman kerajaan Amerika Syarikat

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Penerbit permainan video terbesar dunia bakal menyaman kerajaan Amerika Syarikat.

Baru-baru ini kerajaan Amerika Syarikat menyenaraikan Tencent, penerbit permainan video dari China di bawah senarai syarikat ketenteraan China seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

Foto: Tencent

Tencent juga adalah penerbit bagi League of Legends dan pemilik Riot Games, pemilik Grinding Gear Games, pengeluar Path Of Exile dan pelbagai lagi permainan video lain.

Bagi kerajaan Amerika Syarikat ini adalah strategi mereka untuk menentang China dalam hubungan mereka dengan tentera China, pelbagai pembekal teknologi dan projek penyelidikan.

Menurut  wakil Tencent, perkara ini bermula dengan salah faham diantara dua pihak. TetapiPengerusi Tencent, Ma Huateng mengatakan mereka sedang dalam proses undang-undang dengan perkara ini.

Tencent juga mengeluarkan kenyataan mereka bukanlah syarikat yang berkaitan dengan mana-mana institusi ketenteraan.

Penerbit besar ini bakal mengadakan proses perbincangan dengan kerajaan Amerika Syarikat di mana mereka akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.

Rujukan: RockPaperShotgun, Reuters

RELATED NEWS

+