Tencent beli studio pembangun Left 4 Dead

Tencent, gergasi teknologi China kini memiliki Slamfire Inc. iaitu syarikat induk bagi studio pembangunan permainan, Turtle Rock Studios, yang berperanan membangunkan Left 4 Dead dan Back 4 Blood.

Pengasas studio, Phil Robb dan Chris Ashton menyatakan, Turtle Rock Studio akan terus beroperasi seperti biasa tanpa sebarang perubahan di dalam struktur pentadbiran. 

“Kami teruja untuk sertai keluarga studio milik Tencent,” kata Steve Goldstein, presiden Turtle Rock.

“Rakan kongsi, capaian global, pengetahuan Tencent di dalam permainan dan sokongan mereka akan dapat membantu kami menghasilkan pelbagai permainan yang kami impikan, sementara membenarkan kami kekalkan autonomi dan semangat kebebasan kami,” tambahnya.

Turtle Rock Studios adalah studio terkini yang dimiliki oleh Tencent. Sebelum ini, Tencent memperoleh Stunlock Studio, Sumo Digital dan Wake Up Interactive yang memiliki dua studio iaitu Valhalla Game Studio – yang membangunkan Ninjala, dan Soleil.

Sumber: VentureBeat, LowYat.

RELATED NEWS

+