Honor of Kings (HOK) baru sahaja dilancarkan secara global dan Tencent Games mempunyai perancangan yang jelas dengan pelaburan AS$15 juta bagi e-sukan HOK ini.

Gambar dari Tencent
Baru-baru ini MyGameOn berpeluang menemu bual Gaga Li iaitu Ketua Penerbitan dan Esukan Honor of Kings Asia Tenggara.

Gambar dari TheStar
1. Sebagai MOBA yang baru, apakah rancangan masa hadapan Honor of Kings (HOK) ini terutamanya di Asia Tenggara?
Genre MOBA sudah lama popular terutamanya untuk gamers di Asia Tenggara. Dengan perkembangan yang ada dalam pasaran ini, kami melihatkan banyak peluang dan juga cabaran.
Sejak pelancaran (HOK), kami banyak mengambil pendapat pemain untuk memastikan komitmen dalam memberikan pengalaman MOBA yang kualiti tinggi, terbuka dan inklusif.
Untuk masa hadapan nanti, kali akan memberi fokus kepada ekosistem e-sukan dan pembangunan pertandingan komuniti, yang memberi peluang kepada sesiapa menyertai samada untuk acara semi-profesional atau profesional.
Tambahan lagi, kandungan yang memberi fokus kepada warga tempatan juga akan dibuat.
Kami berharap pemain akan mendapati pengalaman HOK adalah lain daripada MOBA lain.
2. Seperti yang sudah diberitahu, HOK akan mengintegrasikan lebih banyak budaya tempatan dalam game. Boleh MGO tahu ada apa-apa pelan spesifik untuk Malaysia selain daripada alih suara tempatan?
Sejak pelancaran Global, kami mahukan lebih banyak lagi elemen budaya tempatan untuk dimasukkan ke HOK. Dengan kolaborasi bersama pasukan kami sudah meneroka beberapa idea seperti sambutan tradisional, makanan tempatan, cerita rakyat dan spesis haiwan terancam.
Ogos ini kami sudah melancarkan siri Ascension Skin yang diinspirasikan dari seni bela diri, termasuk silat yang mempunyai cara berlawan yang unik dan berbeza. Kami sangat mementingkan perkara ini melalui nilai artistik dan rekaan aksi.
3. Kami (MGO) dapat melihat ramai bakat dari Malaysia (Key Opinion Leader [KOL]) yang mempunyai pelbagai latar belakang. Untuk Malaysia, adakah ada pelan untuk membina dan membangunkan bakat baharu dari awal?
Kolaborasi memerlukan masa dan persefahaman yang lama. Kami sudah berkolaborasi dengan ramai KOL yang sangat terbuka dan menerima dengan baik. Sejak pelancaran, kami sudah melancarkan banyak program creator yang memberikan mereka pelantar dan ganjaran sebagai pencipta kandungan seperti projek HOK Studio untuk pencipta baharu dan Star Camp untuk KOL tertentu.
4. Khas untuk pemain Malaysia, adakah ada apa-apa perancangan untuk menarik komuniti Melayu? Seperti yang kami lihat, HOK sudah pun popular diantara komuniti Cina Malaysia kerana mereka sudah lama bermain di server China.
Kami sangat menghargai sokongan dari pemain-pemain HOK Malaysia. Kami juga menyasarkan untuk meningkatkan komunikasi dan mencipta pelantar dua hala untuk mendengar pendapat mereka. Kami juga bercadang untuk memberikan kandungan lebih menarik dan berharga supaya komuniti kami dapat berhubung dengan pemain.
5. Apakah cabaran utama yang dihadapi di rantau Asia Tenggara/ secara khususnya Malaysia?
Untuk permainan video kompetitif yang lama, cabaran utama ialah memastikan pemain sentiasa bermain dan juga berpuas hati dengan matchmaking. Kami sentiasa aktif untuk menaiktaraf kandungan permainan untuk menyelesaikan masalah ini. Hal ini juga akan diterapkan dengan lebih banyak buat Asia Tenggara di mana pemain sangat berpengalaman dan mengetahui permainan MOBA.
6. Boleh anda kongsikan pelan/acara seterusnya untuk pemain baharu apabila tiada lagi acara ‘Daily Freebie Frenzy’?
Acara dalam HOK adalah mengikut jadual dan boleh berulang. Untuk pemain baharu, kami percaya pengalaman mereka akan dibantu oleh komuniti dan juga mendapat banyak faedah lain apabila mereka sertai HOK.
—–
*Soalan 7 dan 8 adalah untuk James Yang (Pengarah Senior Global Esports Center, Level Infinite, Tencent Games)*

Gambar dari Tencent
7. Honor of Kings baru sahaja dilancarkan dalam skala global dan juga menjadi antara permainan video yang hadir untuk Esports World Cup. Adakah pencapaian ini sangat bermakna buat Tencent?
Industri E-sukan kini berada dalam revolusi dan kami sangat teruja untuk apa yang akan berlaku nanti. Dengan acara seperti EWC, kami mahukan pengalaman baharu ini khas untuk komuniti global. Kami juga sudah membuat perjanjian beberapa tahun dengan Persekutuan Esports World Cup bagi Honor of Kings.
Perjanjian ini direka untuk memastikan industri global e-sukan dan ekosistem e-sukan Honor of Kings dapat berjalan dengan baik.
8.Ada apa-apa pelan untuk membina liga tempatan Tier 1?
Penerimaan global yang kami lihat terhadap e-sukan HOK sangat positif, dan kami sedang membangunkan pelan e-sukan untuk tahun hadapan. Pengumuman juga akan dibuat nanti. Nantikan e-sukan HOK!
—-
Dengan temubual ini, nampaknya banyak lagi acara dan pelan yang akan dibuat bagi masa hadapan e-sukan HOK di Malaysia nanti.