Tencent gandakan pelaburan di Supercell

Selain memiliki pegangan saham di Krafton yang melahirkan PUBG Mobile dan Epic Games, Tencent juga memiliki pegangan saham terbesar bagi pembangun Clash of Clan, Supercell. 

Clash of Clan dan Brawl Stars menjadi fenomena sejak ia dilancarkan pada 2012 dan berjaya membantu syarikat itu mencapai jumlah pendapatan sebanyak €2 billion (RM9.54) pada awal 2016.

Namun, pendapatan syarikat berpangkalan di Finland itu mula merudum sepanjang 2016 hingga 2020. 

Pihak Tencent membeli saham daripada pelabur-pelabur yang bersekutu bersama gergasi teknologi China itu pada 2019 untuk membantu peningkatan perolehan pendapatan Supercell. 

Pemilikan saham itu menjadikan Supercell sebagai anak syarikat Tencent dengan pegangan saham sebanyak 70%.

Pihak Sensor Tower melaporkan, kini Clash Royale telah mencapai jumlah pendapatan Supercell pada 2020, melebihi US$3 billion. 

Pada Ogos lepas, pihak Supercell melancarkan sebuah permainan baru iaitu Everdale, yang diharapkan akan mengembalikan zaman kegemilangan mereka seperti tahun 2012. 

Sumber: GamingonPhone.

RELATED NEWS

+