Tencent mengumumkan One Piece: Project Fighter untuk iOS dan Android

Tencent baru-baru ini mengumumkan permainan mudah alih One Piece baharu yang dinamakan Project: Fighter untuk iOS dan Android.

Permainan ini menggunakan konsep permainan pertarungan (fighting) dua dimensi.

Ia juga dibina oleh Morefun Studios dan diberi lesen pengeluaran oleh Bandai Namco. Setakat ini One Piece: Project Fighter hanya diumumkan di China sahaja. Anda boleh menonton trailer di bawah:

Dilihat dari video ini, anda boleh bermain sebagai Monkey D. Luffy, Zoro, Nami dan pelbagai lagi watak-watak One Piece yang akan datang. Nostalgia era bersama krew Straw Hats yang masih kecil dan tidak diketahui dengan beberapa aksi berlawan yang direka semula untuk permainan video ini dari manga dan anime One Piece.

Permainan ini juga menggunakan butang kawalan yang mudah untuk membolehkan semua orang bermain di telefon pintar masing-masing. Nantikan pengumuman seterusnya dari Tencent di masa akan datang. Selamat Berlayar!

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+