Terharu.. ECHO Sanford sarungkan cincin M4 di jari bapanya yang mengalami strok

“Perlawanan yang saya mainkan (di kejohanan dunia, M4), saya dedikasikan untuk dia (ayah) jadi saya rasa lebih terinspirasi untuk konsisten,” itu kata Sanford Vinuya atau lebih dikenali sebagai ECHO Sanford.

Pemain muda berusia 16 tahun dari Filipina ini berjaya mencipta fenomena tersendiri bersama pasukannya apabila menjuarai kejohanan dunia itu yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 1 Januari hingga 15 Januari lalu.

Bapa Sanford dilaporkan terkena strok dan tidak dapat bergerak namun yang menyentuh hati netizen apabila anak muda itu menyarungkan cincin M4 dimenanginya di jari bapanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Sanford Marin Vinuya (@echo_sanfordd)

“My MVP,” tulis Sanford di akaun Instagram peribadinya, semalam. 

Dalam temubual bersama Rappler, Sanford mengatakan dia sentiasa memeriksa keadaan ayahnya sebelum bertolak ke Indonesia.

Bapanya juga menjadi inspirasi untuk dirinya menjadi lebih baik dalam pertandingan. Sudah tertulis rezeki untuknya, Sanford berjaya memenangi kejohanan itu bersama ECHO.

RELATED NEWS

+