Terima kasih Geek Fam dan MAB Esports..

Selepas tamatnya minggu terakhir liga MPL MY musim ke-9, hanya lapan pasukan yang berjaya layak ke peringkat playoff.

Dua pasukan yang gagal masuk ke playoff adalah pasukan Geek Fam dan MAB. Mereka kurang bernasib baik untuk musim kali ini.

GEEK FAM

Pasukan Geek Fam sememangnya menjadi pilihan para penonton untuk melayakkan diri ke peringkat playoff berdasarkan pencapaian mereka pada musim lepas.

Mereka berjaya loloskan diri ke peringkat upper bracket playoff pada musim lepas. Satu pencapaian yang sangat menakjubkan buat pasukan itu.

Akan tetapi, pada musim kali ini, pasukan Geek Fam sudah kehilangan momentum mereka dari musim lepas.

Mungkin kerana kemaskini terbaru yang dilancarkan oleh Moonton, pasukan Geek Fam mengalami kesukaran untuk adaptasi dengan meta baharu.

Boleh dikatakan pasukan Geek Fam mampu mengawal tenpo permainan pada awal dan pertengahan minit permainan namun mereka sering melakukan kesilapan di fasa akhir permainan.

Tidak dinafikan pasukan Geek Fam mempunyai mekanik dan makro permainan yang tinggi. Tambah lagi, mereka adalah pasukan veteran yang mempunyai banyak pengalaman.

Kemasukan Maima dan Xorn ketika jendela perpindahan juga tidak membawa perubahan yang begitu ketara dengan corak permainan Geek Fam.

Terdahulu, pasukan Geek Fam memberikan peluang kepada Maima untuk memegang posisi Jungler di musim lepas.

Adakah ini menjadi kesilapan untuk pasukan Geek Fam mengadaptasi meta baharu atau adakah prestasi pasukan lain sudah banyak meningkat sejak musim lalu?

Walau bagaimanapun, pasukan Geek Fam sudah melakukan usaha yang terbaik seperti yang dikatakan oleh jurulatih mereka, Amoux. Penambahan jungler terbaru, Burpy dilihat berani namun ia masih lagi belum efisien sepenuhnya.

Kemungkinan pasukan Geek Fam akan bangkit kembali ke dalam musim ke-10 namun mereka harus melayakkan diri dengan bermain pusingan kelayakan.

MAB ESPORTS

Pasukan MAB memberi cabaran baru di arena kompetitif Mobile Legends. Mereka tidak gentar dengan pasukan-pasukan veteran di MPL.

Walaupun mereka tidak layak ke peringkat playoff, prestasi pasukan MAB di peringkat liga boleh dikatakan memuaskan untuk pasukan kelayakan yang menyertai MPL.

Sejarah pasukan ini melayakkan diri ke MPL apabila mereka bermain dari pusingan kelayakan dan akhirnya menang ke atas pasukan Team Lemah di peringkat akhir.

Walaupun mereka sering dikecam oleh netizen dari komuniti MLBB, ia tidak menjadi pematah semangat buat pasukan ini dari mendominasi Land of Dawn.

Pujian harus diberikan kepada pasukan MAB kerana mereka mampu untuk bersaing dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Kehebatan para pemain MAB tidak dinafikan seperti salah seorang pemain mereka iaitu Aliff yang bermain sebagai jungler.

Ling yang dimainkan oleh Aliff seringkali mendominasi permainan namun mereka tewas di fasa akhir permainan dari pasukan yang lebih berpengalaman.

Ternyata, pasukan MAB harus meningkatkan lagi usaha mereka untuk bersaing bersama pasukan veteran yang lain.

Mereka sudah hampir akan tetapi mereka masih lagi mempunyai satu tembok tinggi yang menjadi penghalang impian mereka.

MAB Esports harus bermain di pusingan kelayakan kembali untuk masuk ke MPL MY musim ke-10 nanti.

Kedua-dua pasukan MAB dan Geek Fam gagal mendapatkan peluang mereka ke MSC 2022 tahun ini. 

Namun begitu, mereka harus mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk masuk ke MPL MY musim ke-10 kerana johan serta naib johan akan mendapat slot ke Kejohanan Dunia M4.

Adakah anda sebagai peminat berpuas hati dengan prestasi kedua-dua pasukan ini?

Adakah mereka akan kembali bangkit dengan penuh bertenaga di musim ke-10 nanti? 

RELATED NEWS

+