“Terima kasih kepada individu yang menyerang akaun media sosial saya,” – Jamesss

Menerusi sebuah hantaran Instagram revivaltvid, Jamesss mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyerang akaun media sosialnya.

“Untuk semua yang melaporkan saya di akaun Instagram dan menyerang saya melalui spam di emel, saya ucapkan terima kasih.

“Saya harap saya dapat melakukan yang lebih baik dan tidak mengecewakan anda, tetapi saya mohon agar anda tidak membuat onar pada setiap kali kejohanan antarabangsa dan pasukan kegemaran anda kalah,” katanya.

Jamesss juga meluahkan rasa sedihnya dimana selepas kemenangan pasukan Filipina terhadap Indonesia di sukan SEA baru-baru ini, MPL PH terpaksa menyahaktifkan Instagram mereka kerana takut diserang oleh netizen Indonesia.

“Instagram MPL PH dan Blacklist yang dijadikan mangsa akibat daripada kemarahan anda semua. Saya amat sedih melihat Instagram MPL PH terpaksa dinyahaktifkan selepas menang menentang Indonesia,” katanya.

Dia juga mengatakan bahawa netizen Indonesia haruslah mempunyai semangat kesukanan di dalam diri mereka.

“Saya bukan orang Indonesia tetapi semua layak dihormati. Pasukan yang menang adalah pasukan yang lebih baik dan itulah semangat kesukanan yang anda perlu ada,” ujarnya.

Apa yang dikatakan oleh Jamesss itu amatlah benar sekali, budaya seperti ini haruslah dihentikan kerana ia boleh meruntuhkan imej bagi sesebuah negara itu.

Apa pendapat anda?

RELATED NEWS

+