“Terima kasih semua,” – Ashi Pengurus Pasukan Todak

Pengurus pasukan Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau lebih dikenali sebagai Ashi menyatakan bahawa dia berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam kejayaan Todak menjadi juara di MPL MY musim ke-9.

“Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain, coach dan para penyokong. Tanpa mereka semua, mungkin Todak MLBB tidak dapat berada sejauh ini.” tulisnya di akaun Facebook.

Dia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengasas pasukan Todak.

“Secara peribadinya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Lan dan Encik Neo kerana telah memberi kepercayaan kepada kami semua sejak hari pertama pasukan Todak ini ditubuhkan.

“InsyaAllah, kami semua akan terus berusaha untuk menjadi pasukan yang terbaik bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia” tambah Ashi.

Dia juga menyebut bahawa Eone dan Manity adalah ‘unsung hero’ yang sebenar dalam kejayaan pasukan Todak.

“Akhir sekali, kepada Eone dan Manity, merekalah ‘unsung hero’ yang sebenar di dalam kejayaan Todak. Usaha dan pengorbanan mereka berdua akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih”

Pasukan Todak berjaya menjuarai liga profesional MPL musim ke-9 sekaligus menempah tiket mereka ke kejohanan MSC 2022 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini.

Todak juga akan mewakili negara ke sukan SEA 2021 yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam pada Mei ini.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat pasukan Todak!

Foto: Facebook Ashi

 

RELATED NEWS

+