Terima kasih Team Bosskurr..

Pasukan Mobile Legends yang bertanding di Liga Profesional (MPL MY) musim ketujuh, Team Bosskurr tidak berjaya lolos ke playoffs selepas mencatatkan skor 1-12, yang tercorot di musim liga.

Team Bosskurr sebenarnya buat beberapa perubahan sepanjang minggu. Antaranya, mereka menambahkan pemain baharu seperti Tacuz, menukar Jepv ke peranan jurulatih, memperkenalkan Rynn dan banyak lagi.

Namun, diakui ia tidak cukup berikutan aspek utama iaitu keserasian sukar dicari dalam pasukan ini. Namun begitu, Team Bosskurr sudah buat yang terbaik dan semoga mereka hadir dengan lebih bersedia pada musim kelapan.

Sepanjang lapan minggu bertarung juga, mereka hanya menang satu set perlawanan ke atas Geek Fam pada minggu pertama.

Dengan kekalahan ini, Team Bosskurr perlu bermula dari bawah bermain pusingan kelayakan melainkan ada perubahan terakhir daripada pihak penganjur.

Penulis akan maklumkan dari masa ke semasa mengenai berita ini.

RELATED NEWS

+