[TERKINI] Kejohanan dunia Mobile Legends, M3 tawar RM3.3 juta prizepool

Wang hadiah terkumpul yang besar adalah salah satu faktor utama bagi para pasukan menyertai kejohanan dunia. Kita lihat sahaja pada permainan Dota 2 yang mencatatkan hadiah terkumpul terbanyak setakat ini.

Pada tahun 2019, kejohanan dunia The International 9 menyaksikan wang hadiah terkumpul sebanyak $34,330,068 (RM142,504,112), jumlah yang begitu banyak cukup untuk menjadikan seorang pemain itu bergelar jutawan pada usia muda dengan hanya bermain permainan video secara kompetitif.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Kini, permainan peranti mudah alih akan mengikuti jejak itu walaupun perlahan tetapi ia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Kejohanan dunia Mobile Legends, M3 kini sudah mencecah hadiah terkumpul sebanyak AS$800,000 (RM3.3 juta) dari musim sebelumnya sebanyak AS$300,000 (RM1.2 juta). 

Ini menjadikan hadiah terkumpul itu meningkat sebanyak AS$500,000 untuk edisi kali ini. Peningkatan ini akan mendorong semua pasukan untuk bersaing dengan bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran juara untuk musim kali ini. Malah, ia juga akan menarik pelabur untuk menaja pasukan.

Walaubagaimanapun, wang hadiah terkumpul itu bukan satu-satunya objektif utama untuk pasukan profesional, ia hanya adalah bonus dari kemenangan yang dikecapi. Piala serta gelaran juara itu yang menjadi fokus utama mereka kerana hasil usaha mereka untuk menjadi pasukan terbaik dunia akan tercapai.

Malah, mereka juga bakal membawa nama negara masing-masing.

Kejohanan dunia, M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dunia dan pertandingan akan diadakan pada bulan Disember ini. Akan tetapi, format pertandingan serta lokasi yang dipilih belum didedahkan setakat ini.

Baru-baru ini, Moonton memperkenalkan liga kelayakan Amerika Utara yang akan bermula pada 10 September ini. Seterusnya, melengkapkan misi mereka untuk menjadikan e-sukan Mobile Legends bertaraf antarabangsa dan dikenali dari serata dunia.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+