[TERKINI] Putra, Bravo dan Wrydep kini bersama Yoodo Gank

Tiga pemain PUBG Mobile, Putra, Bravo dan Wrydep kini bersama Yoodo Gank.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media oleh Yoodo Esports. Ini adalah bagi menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang seperti PMPL Season 3.

Ini menjadikan tiga pemain ini akan menyertai dua lagi pemain iaitu Draxx dan ManParang.

“Mereka ada potensi yang tinggi. Saya tak dapat bagi banyak keputusan sebab mereka boleh pergi jauh dan tak sabar untuk bertanding dalam PMPL musim ketiga,” kata ManParang.

Beliau juga berkata setakat ini latihan dan sesi permainan bersama ahli baru ini berjalan lancar dan mereka mempunyai permulaan yang baik.

Nama penuh setiap ahli Yoodo Gank 2021:

  • Aiman Mohd – ManParang
  • Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid – Draxx
  • Azim Haris Mohd Puhatdi – Wrydep
  • Fairul Iskandar Putra – Putra
  • Lokman Hakim Abdul Saddar – Bravo

RELATED NEWS

+