Pengganti siri Pro Evolution Soccer oleh Konami, eFootball 2022, kini menghadapi beberapa isu pada hari pelancarannya.Β
Peminat permainan bola sepak itu mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka mengenai beberapa isu yang mereka hadapi semasa bermain eFootball antaranya yang melibatkan glitch dan model karakter yang buruk.Β
Antaranya di Reddit, apabila peminat menunjukkan masalah pada AI permainan iaitu pengadil yang melakukan kesalahan lebih besar daripada pemain di perlawanan akhir Champion’s League.
Selain itu, di Twitter, beberapa peminat juga berkongsi beberapa imej yang memaparkan model karakter dalam permainan yang buruk dan penonton yang kelihatan lebih seram berbanding zombie.
eFootball 2022 Zombie Edition. pic.twitter.com/La4uXOn0e0
β ASATOR (@asatorfury) September 30, 2021
β¬ οΈ Tinder Profil Photo
β‘οΈ First Date pic.twitter.com/gDM7tm1xtsβ Monster Flair (@MonsterFlair) September 30, 2021
Bahkan, beberapa peminat juga menyatakan berlaku pepijat visual di mana pemain tiba-tiba hilang semasa perlawanan di atas padang, selain menunjukkan tangan model karakter yang membengkok dalam keadaan yang sangat aneh.
Bahkan ada juga yang menyatakan, pemain hilang semasa membuat sepakan sudut.Β
eFootball, formerly known as PES, has officially released today as a free-to-play game.
This is how itβs going…π
(via @Nakerman)pic.twitter.com/TzoB40qCae
β B/R Football (@brfootball) September 30, 2021
Ghost corner kick #eFootball2022 #eFootballPES2022 #eFootball @Konami @we_konami First bug pic.twitter.com/5PODylIjAK
β Enes (@enesovikacinski) September 30, 2021
Fired up that eFootball. I know we sometimes talk about players going invisible in big matches but this is taking the piss a bit. pic.twitter.com/BtxKLbFJ6U
β ππππ ππππππππ (@andihero) September 30, 2021
Untuk memudahkan kata, kebanyakan pemain daripada komuniti eFootball sangat tidak puas hati dengan apa yang mereka lihat buat masa ini.Β
Menurut Steam 250, sebuah laman yang menyenaraikan kedudukan berdasarkan skor – hasil gabungan reviu di Steam dan jumlah reviu pemain, eFootball disenaraikan sebagai permainan yang paling teruk di dalam sejarah Steam, menggantikan Fallout 3 yang dilancarkan pada 2011.
Pada awal pelancaran, Konami menyatakan buat masa ini permainan ini dilancarkan hanyalah sebagai demo, dengan beberapa mekanik tambahan, mod permainan dan jenis pemain yang akan ditambah melalui kemaskini akan datang.Β
Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.