Tetris Effect: Connected untuk Nintendo Switch diumumkan

Tetris Effect: Connected untuk platform Nintendo Switch kini diumumkan dan bakal dilancarkan pada 8 Oktober ini, pada hari yang sama dengan pelancaran Nintendo Switch (Model OLED) dan Metroid Dread.

Berita ini didedahkan semasa Indie World Showcase, dan sudah pasti mengujakan pemain dan peminat permainan yang pertama kali dilancarkan pada 2018.

Sebelum ini, Tetris Effect: Connected versi PC dan Xbox dilancarkan pada 2020, dan menambah mod baru iaitu mod kerjasama 1-3 pemain dan kompetitif berbilang pemain 1-2, yang boleh dimainkan secara atas talian dan lokal.

Bagi versi Switch, ia juga menyokong rentas platform berbilang pemain, di mana, pemain Switch boleh bermain bersama atau menentang pemain di Xbox, PC dan PlayStation.

Tetris Effect: Connected akan sertai sistem yang memberikan pengalaman Tetris yang tersendiri di dalam Tetris 99. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+