The Face Gaming umum lineup rasmi baharu PUBG Mobile

Pasukan PUBG di platform PC, The Face Gaming nampaknya tidak terlepas untuk menyertai arena kompetitif PUBG Mobile dengan pengumuman rasmi barisan pemain baharu mereka.

Dalam satu posting di Instagram, Farhan Johari atau Han mengumumkan lineup tersebut yang terdiri daripada dirinya, Qhafarul Naim Aziz (MrFakez), Rizwan “Mok’s”, Alan “Alan Lembu” dan Amirul “Erulll” Afiq.

Pasukan baharu TFG ini terdiri daripada pencipta kandungan dan juga pemain profesional dalam arena PUBG di PC.

Semoga berjaya kepada mereka.

Foto: The Face Gaming

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+