The Game Awards 2017: Saksikan Trailer Game Terbaru Untuk Tahun Depan

Ada antara kita menonton The Game Awards semata-mata nak tahu game mana yang memenangi anugerah Game of the Year tapi ramai juga yang nak saksikan trailer terbaru.

Ini adalah kejutan paling besar dalam acara seumpama ini contohnya pengumuman Bayonetta 3, World War Z dan Soul Calibur 6. Saksikan beberapa trailer game lain yang sememangnya dinantikan selama ini.

World War Z

Novel hebat yang mendapat treatment layar perak ini akhirnya didatangkan jua dalam bentuk permainan video! Ia memfokuskan aspek survivability dalam misi yang harus ditempuhi 4 pemain di Moscow, Jerusalem dan New York. Menariknya, permainan co-op ini akan memperkenalkan elemen seperti perangkap, barries dan environment untuk terus hidup di samping menembak ratusan zombi rakus yang meluru ke arah korang.

Soul Calibur 6

Selepas beberapa tahun mengacah peminat, akhirnya Bandai Namco mengumumkan Soul Calibur 6 yang akan hadir pada 2018 di PlayStation 4, Xbox One dan PC seiring dengan sambutan ke-20 tahun francais itu.

Permainan video weapon-based fighting game ini akan menggunakan teknologi Unreal Engine 4 sama seperti Tekken 7.

Mod Baru 50vs 50 Dalam Fornite: Battle Royale 

Percuma untuk Mac, PlayStation 4, PC dan Xbox One dan hanya untuk masa terhad iaitu bermula semalam hingga 17 Disember saja.

Mod baru itu membolehkan pemain untuk tubuhkan skuad sehingga 4 kawan dan digandingkan dengan team lain berjumlah 50 orang. Rakan seperjuangan korang boleh dikenal pasti dengan chevron berwarna hijau di atas kepala mereka. Selain itu, tembakan friendly akan dipadam, dan pemain boleh menyelamatkan rakan seperjuangan yang injured untuk bermain buat kali kedua. 

Bayonetta 3

Eksklusif untuk Nintendo Switch, Bayonetta 3 akan hadir di konsol itu namun tarikhnya masih belum didedahkan.  Selain itu, kedua-dua permainan sebelumnya (Bayonetta 1 dan 2) akan turut dilancarkan di Switch pada 16 Februari depan.

Death Stranding

Trailer terbaru mengenai game paling dinantikan ini akhirnya didedahkan. Tapi, Hideo Kojima masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya tapi sebaliknya mengatakan pembangun permainan video ini masih dalam proses. Saksikan trailernya dalam klip video di atas.

Untuk pengetahuan korang, pelakon Norman Reedus dan Mads Mikkelsen akan menjadi karakter utama dalam Death Stranding menerusi motion capture, pengimbasan wajah dan alih suara.

Playerunknown’s Battlegrounds 1.0

Permainan paling hangat diperkatakan di laman sosial, Twitch, Youtube dan Steam ini akhirnya akan mengakhiri fasa Early Access pada 20 Disember, sekali gus mengotakan janji daripada BlueHole yang mengatakan PUBG akan mendapat status full release sebelum akhir tahun ini.

Tapi sebelum itu, PUBG Corp. memperkenalkan peta baru Miramar. Ia dikatakan lebih kecil daripada Erangel, peta asal PUBG. Miramar akan menggabungkan kawasan urban dan pedalaman serta bangunan tinggi.

Korang boleh lihat kembali recap anugerah yang dimenangi oleh pembangun dan permainan video yang keluar pada tahun lepas. Lihat klip video di bawah ini.

RELATED NEWS

+