The Infinity juara PMPL SEA musim ketiga, bawa pulang RM124,230

Pasukan PUBG Mobile Thailand, The Infinity berjaya memenangi edisi ketiga Liga Profesional (PMPL SEA musim ketiga) selepas mengumpulkan lebih 200 mata dalam 18 perlawanan dimainkan sejak Jumaat.

The Infinity dianggotai oleh:

  • Sadayut Mukdasawat –  NEaR (kapten dalam permainan)
  • Logan Martin – Logan
  • Phuwiwat Tanee – GodTunny
  • Nuttapat Chitprommetta – MELA
  • Sikarin Nopparat  – nOOzy

Pasukan Thailand ini berjaya mendapatkan keseluruhan empat Winner Winner Chicken Dinner sepanjang kejohanan ini.

nOOzy pada masa yang sama berjaya mendapatkan anugerah pemain terbaik (MVP) dan membawa pulang RM24,846.

Sejarah baru tercipta apabila pasukan Thailand sekali lagi mengambil alih takhta selepas dua musim.

Dengan kemenangan ini, mereka layak secara terus ke musim keempat PMPL SEA, diikuti dengan skuad Indonesia, EVOS Reborn yang meraih tempat kedua.

RELATED NEWS

+