The International 10 Akan Dianjurkan Di Stockholm, Sweden

Kejohanan dunia Dota 2, The International edisi kesepuluh (TI10) akan dianjurkan di Stockholm, Sweden pada tahun depan (dijangka bermula pada Ogos). Ini bermakna kejohanan terbesar ini akan kembali ke benua Eropah (kali terakhir TI diadakan di rantau itu adalah di Cologne, Jerman, sembilan tahun lepas).

Berbeza dengan kejohanan e-sukan lain, The International mengumpulkan hadiah terkumpul paling banyak dalam sejarah e-sukan yang mana TI9 pada minggu lepas mencatatkan prize pool kira-kira RM143 juta.

TI9 dianjurkan buat pertama kali di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China mengumpulkan 18 pasukan seluruh dunia yang berada dalam ranking teratas Dota Pro Circuit dan yang memenangi pusingan kelayakan serantau.

Kejohanan ini juga menerima peningkatan prize pool tahun demi tahun kerana mengamalkan sistem crowdfunding yang mana pemain Dota 2 boleh menyalurkan sebanyak 25% hasil pembelian item Battle Pass yang mempunyai pelbagai peringkat dengan ganjaran lumayan. 

Artikel berkaitan: OG juara The International 2019, menang Aegis dua kali berturut-turut

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+