The International 2021 – Valve Buka Peluang Jadi Tuan Rumah

Antara kejohanan e-sukan terbesar di dunia ialah The International. Ia adalah kejohanan kemuncak bagi permainan video DOTA 2 yang dianjurkan oleh Valve.

Valve telah mengumumkan bahawa mereka akan mencuba sesuatu yang baru dalam proses pemilihan tempat untuk kejohanan The International pada masa depan.

Bermula pada Mac 2020, Valve akan membuka pintu kepada mana-mana bandar di seluruh dunia untuk memohon permintaan menjadi tuan rumah The Internationa 2021.

Berita disampaikan melalui dokumen Request for Proposal (RFP) yang diterbitkan oleh Valve pada 26 Februari 2020. Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi tuan rumah:

  • Arena atau stadium tertutup yang mampu menampung 15,000 hingga 80,000 pengunjung (mesti boleh digunakan untuk 10 hari pada Ogos 2021).
  • Ruangan untuk acara sampingan (zon peminat, kawasan jualan, sambutan pasca acara (after party).
  • Ruangan hotel untuk menampung lebih daripada 30,000 individu.
  • Sambungan Internet fiber daripada pembekal perkhidmatan internet tempatan.
  • Berdekatan lapangan terbang antarabangsa.
  • Sistem pengangkutan tempatan yang efisien.

Selain daripada syarat-syarat di atas, Valve juga mengambil kebolehan kerajaan tempatan untuk:

  • Menjaga keselamatan pengunjung, pemain, dan kakitangan The International.
  • Pastikan ada komunikasi yang jelas dan konsisten dengan Valve sehingga dan semasa berlangsungnya The International.
  • Bantu Valve melakukan rundingan dan mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan.
  • Bantu Valve selesaikan apa-apa isu imigresen dan visa untuk pengunjung, pemain, dan pekerja The International.
  • Memudahkan proses penutupan jalan (jika perlu).
  • Memudahkan pergerakan trak-trak acara di jalan raya.

Apa-apa soalan berkenaan RFP ini boleh dituju kepada Valve sebelum 15 Mac 2020. Permohonan untuk menjadi tuan rumah perlu dihantar pada 31 Mac 2020.

Ini merupakan sebuah peluang yang menarik bagi mana-mana bandar di negara yang mahu mengembangkan industri e-sukan mereka. Valve sendiri menyatakan dalam RFP ini bahawa kejohanan ini mampu membawa keuntungan yang sangat banyak bagi bandar yang menjadi tuan rumah The International.

Untuk tahun ini, The International akan diadakan di Stockholm, Sweden bermula dari 18 Ogos dan akan berakhir pada 23 Ogos 2020.

Sumber: Polygon

Foto: Valve

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+