The Last Campfire bakal tiba di Steam

Pembangun No Man’s Sky, Hello Games, mendedahkan permainan The Last Campfire akan tiba di Steam pada bulan depan. 

Permainan teka-teki ini akan tersedia secara rasmi di Steam pada 7 Oktober.

Bagi anda yang ingin mencubanya, pihak Hello Games juga akan menyediakan demo yang boleh dimainkan pada 1 Oktober, sebahagian daripada Steam Next Fest. 

Buat masa ini, The Last Campfire sudah tersedia bagi platfrom Switch, Apple Arcade, PlayStation 4, Xbox One dan Epic Games Store sejak tahun lalu. Jadi, oleh disebabkan ianya sudah tersedia di Epic Games Store, ini bukanlah kali pertama untuk pengguna PC berpeluang bermain permainan ini. 

Tetapi, ia adalah kali pertama bagi mereka yang lebih gemar menggunakan servis Steam apabila bermain permainan PC. 

Bagaimanapun, The Last Campfire kini lebih telah menerima kemaskini sejak April lalu, yang memuatkan pelbagai kandungan baru dengan pengalaman permainan yang lebih baik. Bagi peringkat awal, ia menambah lebih 20% teka-teki di dalam permainan, serta kebolehan untuk main semula teka-teki pada bila-bila masa.

Ia juga membawa penambahbaikan dari segi prestasi, framerate lebih tinggi, beberapa penambahbaikan ‘quality-of-life’, sokongan alat kawalan dan sokongan Mac. 

The Last Campfire ini dibangunkan oleh Hello Games, iaitu pasukan dengan tiga orang pembangun. Buat masa ini, No Man’s Sky juga masih lagi menerima kemaskini terbaru daripada mereka.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+