The Last of Us 2 Akan Menyertakan Mod Multiplayer, Kata Naughty Dog

The Last of Us memasukkan mod multi-pemain dipanggil Factions dan mendapat perhatian ramai peminat. Tapi sehingga semalam, masih belum ada pengesahan jika mod ini akan kembali dalam sekuelnya, The Last of Us: Part II. Bagaimanapun, Naughty Dog kini mengesahkan sekuel itu akan kembali dengan Mod Factions, sekali lagi.

“Factions akan kembali,” Pengarah Bersama, Anthony Newman berkata kepada GameSpot. “Multi-pemain akan kembali. Kami tak akan bercakap lanjut mengenainya lagi tapi ini adalah pengesahan yang pasti,”

The Last of Us: Part II didedahkan gameplay di persidangan Sony di E3 2018 dan kelihatan sangat brutal. Korang bermain sebagai Ellie dalam sekuel yang mengambil masa beberapa tahun selepas insiden keluaran pertama.

Naughty Dog bagaimanapun masih belum mengumumkan tarikh rasmi bagi sekuel ini tapi kalau korang nak usha bagaimana ia dimainkan, saksikan video di bawah.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+