The Last of Us Musim ke-2 dengan trailer penuh menyayat hati

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

PlayStation dan HBO berkongsi trailer baharu untuk The Last of Us musim ke-2.

The Last of Us musim baru ini akan ditayangkan tahun hadapan.

Ia akan menyambung penceritaan pada musim sejuk di mana Ellie dan Joel hanya mahu meneruskan hidup di dalam dunia penuh kucar-kacir.

Beberapa karakter baru juga dapat dilihat iaitu Young Mazino sebagai Jackson, Catherine O’Hara sebagai ahli terapi Joel dan Isabela Merced sebagai teman wanita Ellie iaitu Dina.

Sudah semestinya karakter Abby juga hadir yang dilakonkan oleh Kaitlyn Dever.

HBO atau Max masih belum mengumumkan lagi tarikh rasmi untuk hari tayangan The Last of Us Musim ke-2.

RELATED NEWS

+