ditunda sekali lagi akibat masalah logistik. Pihak PlayStation kini telah mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk judul tersebut."> ditunda sekali lagi akibat masalah logistik. Pihak PlayStation kini telah mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk judul tersebut." /> ditunda sekali lagi akibat masalah logistik. Pihak PlayStation kini telah mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk judul tersebut." />

The Last of Us Part II Akan Dilancarkan Pada 19 Jun 2020

Pada awal bulan April, Naughty Dog mengumumkan bahawa The Last of Us Part II telah ditunda sekali lagi akibat masalah logistik. Pihak PlayStation kini telah mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk judul tersebut.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun 2020 untuk PlayStation 4 (PS4) secara eksklusif. Pada waktu yang sama, tarikh pelancaran baharu untuk satu lagi judul eksklusif PS4 iaitu Ghost of Tsushima juga diumumkan. Ia akan tiba pada 17 Julai 2020.

Apa yang menarik tentang perkara ini ialah berita baik ini telah dikeluarkan sejurus selepas beberapa maklumat penting tentang jalan cerita dan cara permainan The Last of Us Part II tertiris di YouTube.

Pihak Naughty Dog telah mengakui bahawa maklumat tersebut mempunyai butiran-butiran penting yang tidak patut diketahui oleh peminat. Oleh itu, mereka berharap perkara tersebut tidak dikongsi di media sosial.

Jika anda peminat The Last of Us yang sudah lama menantikan sekuel kepada permainan tersebut, penulis berharap anda tidak menjadi mangsa penirisan ini.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+