The Sims 4: Eco Lifestyle beri anda kebolehan untuk kurangkan pencemaran dalam dunia Sims

Pek kandungan tambahan terbaru The Sims 4 bakal tiba tidak lama lagi. Ia bertajuk The Sims 4: Eco Lifestyle dan ia akan memperkenalkan aspek permainan baharu dalam The Sims 4 yang berkaitan dengan aspek kelestarian alam sekitar.

Sebuah trailer permainan baharu The Sims 4: Eco Lifestyle telah dimuat naik oleh EA. Antara penambahan baharu ialah panel solar yang boleh dipasang di bahagian bumbung rumah dan mesin yang boleh kitar semula sampah menjadi barangan berguna.

The Sims 4: Eco Lifestyle akan dilancarkan di PC (Origin), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 5 Jun 2020. Untuk maklumat lanjut dan jika anda berminat untuk pra-tempah pek kandungan tambahan ini, anda boleh rujuk laman web rasmi The Sims 4.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+