The Sims 4 Memperkenalkan Pakaian Dan Konsep Bercirikan Budaya Timur Tengah/Islam

Permainan simulasi, The Sims 4 menyambut ulang tahun kelima dengan kemaskini yang sangat istimewa! Akhirnya, mereka menambahkan kandungan bertemakan Muslim.

Sekarang, pemain permainan itu boleh menggayakan karakter mereka dengan pakaian bercirikan keislaman seperti hijab, jubah dan kopiah. 

“Memasukkan pakaian dan elemen rekaan yang diinspirasikan dari budaya Muslim adalah peluang untuk kami mempelajari dari pihak lain dan memberikan lebih ruang kepada pemain kami memberitahu kisah dalam permainan menerusi pengalaman mereka sendiri,” kata EA dalam satu kenyataan.

Selain kandungan itu, terdapat juga kandungan menarik seperti tangga yang boleh diubah kedudukan – 90 darjah atau 180 darjah.

Ia boleh dimainkan di PC, Xbox One, PS4 dan MacOS.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber rujukan: Shacknews

RELATED NEWS

+