The Walking Dead: The Final Season – Video Acah Episod Ke-3 Menunjukkan Kesinambungan Kisah Tragis Clementine

Debaran semakin terasa… kita semakin menghampiri ke penghujung The Walking Dead: The Final Season.

Episod ketiga yang bertajuk ‘Broken Toys’ akan disambung pada 15 Januari 2019 untuk menyimpulkan kisah hidup tragik Clementine yang kian meningkat remaja.

Walaupun Telltale Games telah gulung tikar, Skybound Games mengambil balik tampuk pembangunan game ini dan juga menjemput beberapa pembangun asal dari Telltale yang pernah bekerja dalam siri The Walking Dead untuk menyiapkan musim terakhir The Walking Dead.

Untuk pengetahuan korang, dua episod akan datang ini akan hanya boleh didapati di Epic Games Store. Untuk pemilik Season Pass di Steam atau GOG, korang boleh main episod ketiga secara normal melalui stor berkenaan tetapi bagi mereka yang baru mahu membeli episod ini sekarang, korang kena lawat Epic Games Store.

Saksikan video acah di bawah yang memaparkan penentuan keputusan sukar di atas tangan pemain dan kepulangan karakter yang tidak disangka-sangka serta disayangi oleh Clementine di bawah:

Episod ketiga The Walking Dead: The Final Season bakal dilancarkan di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

RELATED NEWS

+